Alahai saya memang gila Transformers sejak kecil lagi.
Ke panggung la jawapnya. Isk isk isk!
Wednesday, June 24, 2009
Sunday, June 07, 2009
Selamat Pengantin Baru Al-Jawari
07-06-2009
Felda Pemanis 1 Segamat Johor
Pagi ini kami bertolak ke Segamat Johor. Ini merupakan bahagian Johor yang paling jauh pernah saya pergi. Paling jauh pun saya pernah pergi Muar beraya ke rumah rakan sekuliah masa di UM dulu. Rupanya Segamat dekat dengan sempadan Pahang. Dari Segamat boleh ke Muadzam Shah dan terus ke Kuantan. Alhamdulillah walaupun ini kali pertama kami sampai Segamat kami tidak sesat.
Semasa sampai Nurihad atau lebih dikenali sebagai Al-Jawari dikalangan kami baru selesai upacara akad nikah dan sedang bersiap untuk berarak dan bersanding. Mamat ni yang memang sempoi dan ala-ala malu kucing nampak tenang dan tersengih-sengih. Ahaks..!
Potong kek time!
Balik dari Segamat kami terus ke rumah kakak ipar saya di Kuala sungai Baru Melaka. Teringin pula hendak makan putu piring. Siap telefon kakak ipar saya tu suruh simpan 10 keping putu piring. Kepada sesiapa yang kebetulan lalu pekan Kuala Sungai Baru atau hendak menginap atau memancing di mana-mana chalet di Pengkalan Balak singgahlah beli putu piring di gerai kakak ipar saya tu. Mesti puas hati sebab putu piring yang dia buat tu sedap.
Selepas Maghrib kami ke Kem Tengkera Melaka ziarah anak buah saya Dak Nyah yang baru bersalin dapat anak lelaki Muhammad Syabil Bin Shah Khairil. Sebijik muka Dak Nyah baby boy tu. Kami balik jam 10 malam. Singgah makan di Restoran Seh di Kuala Sungai Baru. Lepas makan terus balik ke Kuala Lumpur.
FIN
Labels:
al Jawari,
Selamat Pengantin Baru
Sunday, May 31, 2009
Wednesday, May 20, 2009
Wednesday, April 08, 2009
Tuesday, April 07, 2009
Friday, April 03, 2009
Suudu

Positif Syakir kena demam campak. Badannya habis naik ruam merah malam tadi. Kesian bila lihat Syakir demam. Namun begitu Syakir aktif macam biasa. Siap sibuk suruh bawa balik basikal dia yang abahnya baru repair kelmarin. Syakir hendak main basikal katanya.
Doktor risau sebab panas badan Syakir tinggi 38.7. Doktor suruh banyak minum air dan minum air kelapa muda. Mulanya Doktor risau takut kena denggi. Kawasan rumah kami memang banyak kes denggi. Tapi bila Doktor lihat dalam mulut Syakir banyak bintik-bintik kata Doktor biasanya bintik-bintik macam tu sah kena campak.
Doktor cuma pesan kalau demam tidak juga kebah bawa balik ke klinik. Syakir balik dari klinik siap ajak pergi Giant hendak beli susu segar katanya. Singgah la sekejap beli apa yang Syakir nak. Lepas itu terus balik. Esok ingat hendak cari air kelapa.
FIN
Labels:
Panas
Subscribe to:
Posts (Atom)



